Wednesday, April 14, 2010

Jom Jelajah TIGS 3

Hah, sekarang pula kita akan menelusuri makmal komputer yang paling kecil yang dikenali sebagai Bilik Akses.Bilik ini terletak bersebelahan dengan Makmal ICT.Hmm, bilik ini menempatkan hampir 20 buah komputer yang dilengkapi internet. Di bilik ini juga, pelajar boleh menggunakan 'Printer' dengan caj yang tertentu.

Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakannya untuk menyiapkan tugas-tugas mereka. Bilik ini tidak digunakan untuk P&P memandangkan komputer yang disediakan hanyalah sedikit. Walaupun begitu, bilik ini sering digunakan pelajar untuk tugasan mereka ketika di waktu terluang. Pelajar asrama turut boleh menggunakannya di waktu petang. Bilik ini tutup pada pukul 4.oo petang.

Berikut merupakan gambar Bilik Akses:







Jom Jelajah TIGS 2

Sebentar tadi, saya baru sahaja menyiapkan coretan mengenai Makmal Bestari atau juga dikenali sebagai Makmar Siber. Sekarang, kita akan menjelajah pula Makmal ICT. Sekiranya Makmal Bestari boleh digunakan untuk apa jua subjek, lain pula dengan Makmal ICT. Makmal ini digunakan untuk P&P mata pelajaran ICT sahaja.

Pelajar ICT menggunakan makmal ini untuk menyiapkan tugasan mereka seperti membuat blog, pembentangan dan sebagainya. Makmal ini mempunyai lebih kurang 40 buah komputer yang juga dilengkapi dengan internet. Dahulunya, makmal ini merupakan Bilik Bahasa Melayu tetapi disebabkan pembinaan bangunan baru, bangunan lama yang menempatkan Makmal ICT ini telah dirobohkan. Lalu, makmal ini berpindah di sini.

Berikut merupakan gambar Makmal ICT









Jom Jelajah TIGS

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia

Apa khabar semua pembaca?
Hari ini saya mahu menunaikan janji saya setelah sekian lama.
Saya akan memuat naik gambar Makmal Bestari, Makmal ICT dan Bilik Akses.
Saya juga akan menyatakan perbezaan di antara ketiga-tiga ruang yang berkaitan dengan komputer ini.

Namun begitu, saya tidak boleh memuat naik peta sekolah kerana peta sekolah saya telah berubah berikutan penambahan blok-blok yang baru.

Gambar di bawah merupakan Makmal Bestari.


Makmal Bestari menjadi tempat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi apa-apa subjek sekalipun asalkan berkaitan dengan media dan komputer. Guru-guru perlu menempah bilik ini sekiranya ingin menjalankan P&P di sini. Para pelajar sering membuat pembentangan di sini sambil menunjukkan maklumat tambahan dengan melayari laman sesawang.

Di Makmal Bestari terdapat hampir 50 buah komputer yang boleh digunakan untuk melayari internet. Di sini juga merupakan pusat "wireless" dan menyediakan perkhidmatan bagi penyelenggaraan komputer di seluruh sekolah kami. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, setiap kelas telah disediakan komputer dan perkhidmatan internet serta "printer". Di makmal inilah, komputer kelas akan diselenggara.