Monday, March 1, 2010

Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

SMK (P) Temenggong Ibrahim hari ini melancarkan sebuah blog lagi iaitu Blog Makmal Bestari. Selain laman web rasmi sekolah, kelab pembaca turut mempunyai blog. Sejajar dengan zaman teknologi, kami mengambil inisiatif ini untuk melancarkan blog kami yang tersendiri juga. Makmal bestari merupakan keperluan pelajar sekolah. Para pelajar boleh menggunakan makmal bestari atau makmal komputer untuk pergi ke pelbagai laman web asalkan saluran yang digunakan adalah betul. Sebarang pengaksesan yang tidak sihat akan dikekang daripada meneruskan pelayaran. Namun begitu, penggunaan makmal bestari lebih kepada kelas pembelajaran dan pengajaran (P&P). Begitu juga dengan makmal ICT.

Di sekolah kami terdapat 3 bilik komputer yang berlainan. Pertama sekali ialah makmal bestari yang terletak di blog Anggerik. Makmal ini menempatkan lebih daripada 40 buah komputer dan 1 LCD serta satu papan putih. Makmal ini diselenggarakan oleh guru media dan ICT serta seorang juruteknik kompter. Selain itu, pelajar yang telah dipilih menjadi briget bestari turut membantu menyelia komputer. Makmal ini merupakan nadi kepada sekolah.

Bilik komputer yang kedua ialah makmal ICT, yang digunakan untuk P&P mata pelajaran ICT tingkatan 4 dan 5. Bilik ini terletak di blog Dahlia dan hanya terhad kepada Kelab ICT dan pelajar aliran ICT. Bilik ini diselenggara oleh guru yang mengajar ICT.

Bilik komputer yang terakhir ialah bilik akses. Bilik ini terletak bersebelahan dengan makmal ICT. Makmal ini boleh digunakan untuk setiap pelajar dengan had masa. Tiada bayaran diperlukan. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan pencetak dan caj dikenakan begitu helaian yang dicetak.

Blog yang baru sahaja saya lancarkan ini adalah khas untuk makmal bestari sahaja. Mungkin pembaca keliru, di manakah terletaknya blok-blok di sekolah. Insya-Allah, saya akan memasukkan peta sekolah dalam lampiran blog yang akan datang.

Sebentar tadi, saya menyatakan makmal bestari merupakan nadi sekolah. Pasti anda tertanya-tanya mengapa. Di sekolah kami, sebuah komputer telah ditempatkan di setiap kelas dari tingkatan 1 sehinggalah ke kelas Pra-U (tingkatan 6). Setiap komputer juga mempunyai talian pengaksesan ke internet dengan kelajuan 100mbps. Pelajar boleh menggunakannya bila-bila masa sahaja. Penyelenggaraan komputer dan punca utama pengaksesan (main source access) adalah makmal bestari. Selain itu, makmal nestari turut menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar (wireless @ WiFi) yang boleh digunakan di seluruh sekolah. Namun begitu, sekiranya pelajar ingin membawa komputer riba (netbook @ laptop) mereka sendiri, mereka perlu meminta kebenaran daripada pihak sekolah.

Sebelum saya mengundurkan diri, saya meminta maaf sekiranya blog ini mempunyai banyak kekurangan. Sesungguhnya, saya merupakan manusia biasa yang boleh melakukan kesalahaan bila-bila masa sahaja. Akhir kata, semoga anda akan mengikuti blog kami sentiasa.

Akan datang!
Peta Sekolah
Gambar Makmal Bestari
Perbezaan Makmal Bestari, Makmat ICT dan Bilik Akses